Monday, November 10, 2008

Polis UMNO surai perhimpunan, 23 ditahan ~ utusan




PETALING JAYA 10 Nov. - Polis menahan 23 orang termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat dalam perhimpunan haram di hadapan Dewan Sivik, Petaling Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya.

"Pada mulanya, polis menahan tiga orang sebelum melakukan tangkapan susulan ke atas 20 orang lagi selepas itu.

"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.

Ekoran itu, hari ini polis menutup sebahagian jalan sekitar Padang Timur, serta jalan-jalan utama menuju Amcorp Mall, serta dikawal ketat oleh kira-kira 80 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.

‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.

woiii en. Polis..jangan nak tipu orang la...jangan nak pandai2 kata haram la,x aman la,xda permit la,mengancam keselamatan la,jadah kau..tu UMNO nyer demonstrasi..kenapa x haram?x mengancam keselamatan awam ker??hahaa xnak sepak terajang ker?xnak simbah pemedih mata ker??xnak pukul dgn cota ker??xnak pijak2 diorang ker???hahahaa banyak ker diorang bayar??hahaha...wooiii en.Polis,satu Malaysia dah tahu kau keje utk sapa..lain kali terus terang jer tangkap pasal apa..orang dah lali la...hahahaa wooii bapa byk diorang bayar??

No comments: