
KUALA LUMPUR 24 Nov. — Polis menahan sembilan orang lelaki, termasuk beberapa pemimpin PAS berikutan suatu perhimpunan yang disifatkan sebagai haram oleh pihak polis di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang, dekat sini malam tadi.
Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.
Tujuh orang dari mereka ditahan ketika berkumpul di dataran tersebut dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk disoal siasat manakala Mohamad Sabu dan Salahuddin ditahan ketika berada di dalam balai berkenaan ketika mahu berunding mengenai penahanan tujuh orang tersebut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata polis terpaksa menahan kesemua mereka disebabkan keingkaran mereka untuk beredar dari tempat tersebut.
“Kita akan ambil keterangan mereka sebelum membebaskan mereka setelah siasatan selesai kelak. Sebelum ini kita telah beri peringatan supaya tidak sesekali menganjurkan atau menyertai perhimpunan tersebut tetapi mereka ingkar,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Pandan Indah di sini tengah malam tadi.
Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU dikerah untuk mengawal keadaan yang dihadiri kira-kira 150 orang penyokong.
Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya tetapi beliau tidak hadir malam tadi.
— BERNAMA
hahahaa...tangkap..tangkap...tapi UMNO nyeeeeer perhimpunan dulu napa xnak tangkap??bapa diorang bayar en.Polis??hek..hek..hek...penuh poket??lepas ker nak bayar duit rumah untuk 5 bulan??hek..hek...tangkap..tangkap...kalau diorang x bayar....kalau bayar..kasi lepas ohw....hahahaa
No comments:
Post a Comment