
KOTA BHARU 17 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak layak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan pengkid.
Tegas beliau, mereka yang secara terang-terangan menentang fatwa itu tidak berhak dan tidak layak untuk mempersoalkan tentang keputusan majlis itu yang berlandaskan ketetapan agama.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyalahkan umat Islam sendiri yang telah mengabaikan ajaran dan tuntutan agama sebagai punca utama menimbulkan keberanian golongan itu mencabar sensitiviti agama.
''NGO bukan Islam itu tidak akan bersikap seperti 'kaduk naik junjung' sekiranya kerajaan dan umat Islam sendiri berpegang dengan ajaran bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.
''Macam mana dia (NGO) nak takut dan patuh kepada fatwa itu jika umat Islam sendiri tidak menerima al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup.
''Bagaimanapun, saya tetap berpendapat, NGO itu tidak layak dan berhak mencampuri kepentingan umat Islam,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales di pasar raya besar Tesco di sini hari ini.
betul..betul..umat islam sendiri berani lawan fatwa..kalau lawan dgn hujah2 dan dalil2 xpa..tapi main hentam jer ikut otak sendiri..x percaya?tgk la kat theStar isu pasal yoga..igtkan dah blaja makin tinggi makin pandai..tapi makin benak..kalau dah x blaja agama tinggi2,diam je la..jgn pandai2 buat dalil sendiri..hahaha..makin tinggi belaja makin benak!isu agama no kompromise beb...biar la kita jahat pun..ulama cakap apa..ikut la..ni tak..setan cakap ko angguk..ulama cakap ko lawan..hahahaa....
No comments:
Post a Comment