
KOTA KINABALU 8 Nov. - Peguam Negara diarah mengkaji penghakiman kes pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, kajian itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam tindakan pihak berkuasa membendung kegiatan yang boleh mencetuskan huru-hara dan ancaman kepada negara.
Menurut beliau, kajian itu juga bagi membolehkan pihak Peguam Negara membuat rayuan terhadap kes Raja Petra itu dalam masa terdekat.
''Kita perlu mengenal pasti perkara ini dengan lebih jelas supaya tidak ada keraguan apabila mengambil tindakan mengikut apa yang terkandung di bawah Seksyen 8 ISA berkaitan pencegahan iaitu kuasa menteri setelah melihat kepada kemungkinan-kemungkinan berasaskan laporan fakta.
''Kita mahu melihat apakah menteri mempunyai kuasa untuk membuat penahanan atau tindakan dengan niat murni boleh dipertikaikan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad semalam, membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra setelah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta itu.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, kerajaan dalam kes tersebut juga perlu menentukan bagaimana tindakan sewajarnya boleh dilakukan dalam menangani kes-kes pencegahan pada masa akan datang.
''Paling penting kita mahu menentukan dengan keputusan itu tidak bermakna siapa pun boleh mengambil tindakan yang membawa kepada percanggahan terbuka, kesan negatif, salah faham dan mengganggu keharmonian.
''Kalau kita tidak boleh mengambil tindakan sebelum sesuatu itu terjadi, Akta Pencegahan tidak akan memberi apa-apa makna lagi daripada segi keupayaan," jelasnya.
Beliau berkata, meskipun kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap kes Raja Petra, namun kerajaan tetap menghormati proses undang-undang negara.
Katanya, pembebasan Raja Petra itu juga jelas membuktikan bahawa mahkamah di Malaysia masih bebas dan hakim tidak semestinya sentiasa membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan.
Tindakan kerajaan katanya, menahan penulis blog itu adalah sebagai langkah pencegahan bagi mengelak konflik dan salah faham berkaitan dengan agama.
''Sebelum sesuatu terjadi kita perlu menyekat daripada berlaku dan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Kalau kita tunggu, tindakan tidak akan berkesan lagi," ujar beliau.
woiii apahal plak nak kaji2??dah lepas2 la...orang lain x salah faham pon...kau dan kroni2 kau je salah faham..orang lain sekolah ma..budak tgh sekolah pun kalau baca Malaysiatoday boleh faham..kau jer x faham2..pasal apa benak sangat ni?!..duit bawah meja byk sangat kot...hahaha...apa kata kita tangkap najib..lagi best..banyak dah cerita ni..satu malaysia dah tahu..
No comments:
Post a Comment