Thursday, November 27, 2008

buku baru aku...



ni lah buku yang baru aku beli...
1. aku terima nikahnya
2. under age

untuk pengetahuan korang..buku aku terima nikahnya bukan buku jiwang karat macam apa yg korang akan fikir lepas baca tajuk dia..buku ni ditulis oleh seorang tokoh tanah air..ustaz hasrizal abdul jalil..kalau nak info lebih leh g saifulislam.com...
buku ni memang patut di baca oleh golongan muda dan golongan2 yang akan berkhawin..aku syorkan walaupun aku x dapat sesen komisen pun...dan lepas baca buku ni..aku gerenti banyak ilmu yang korang dapat dan pemikiran korang akan makin berkembang..titik...

under age ni komik daripada kartunis feveret aku..zint...aku akan cuba untuk x miss komik2 dia...hek2....

kesimpulan..rm30 untuk dua2 buku ni memang berbaloi untuk menghabiskan satu hari aku yang panjang...hek2

Monday, November 24, 2008

Polis tahan sembilan lelaki berikutan perhimpunan tanpa permit-utusan



KUALA LUMPUR 24 Nov. — Polis menahan sembilan orang lelaki, termasuk beberapa pemimpin PAS berikutan suatu perhimpunan yang disifatkan sebagai haram oleh pihak polis di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang, dekat sini malam tadi.

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.

Tujuh orang dari mereka ditahan ketika berkumpul di dataran tersebut dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk disoal siasat manakala Mohamad Sabu dan Salahuddin ditahan ketika berada di dalam balai berkenaan ketika mahu berunding mengenai penahanan tujuh orang tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata polis terpaksa menahan kesemua mereka disebabkan keingkaran mereka untuk beredar dari tempat tersebut.

“Kita akan ambil keterangan mereka sebelum membebaskan mereka setelah siasatan selesai kelak. Sebelum ini kita telah beri peringatan supaya tidak sesekali menganjurkan atau menyertai perhimpunan tersebut tetapi mereka ingkar,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Pandan Indah di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU dikerah untuk mengawal keadaan yang dihadiri kira-kira 150 orang penyokong.

Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya tetapi beliau tidak hadir malam tadi.

— BERNAMA

hahahaa...tangkap..tangkap...tapi UMNO nyeeeeer perhimpunan dulu napa xnak tangkap??bapa diorang bayar en.Polis??hek..hek..hek...penuh poket??lepas ker nak bayar duit rumah untuk 5 bulan??hek..hek...tangkap..tangkap...kalau diorang x bayar....kalau bayar..kasi lepas ohw....hahahaa

Thursday, November 20, 2008

song4u ~ hujan~bila aku sudah tiada


Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Tuesday, November 18, 2008

baby panda...


hehehe...so cutee....

NGO bukan Islam tidak layak pertikai Majlis Fatwa - Nik Aziz ~ utusan



KOTA BHARU 17 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak layak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan pengkid.

Tegas beliau, mereka yang secara terang-terangan menentang fatwa itu tidak berhak dan tidak layak untuk mempersoalkan tentang keputusan majlis itu yang berlandaskan ketetapan agama.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyalahkan umat Islam sendiri yang telah mengabaikan ajaran dan tuntutan agama sebagai punca utama menimbulkan keberanian golongan itu mencabar sensitiviti agama.

''NGO bukan Islam itu tidak akan bersikap seperti 'kaduk naik junjung' sekiranya kerajaan dan umat Islam sendiri berpegang dengan ajaran bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.

''Macam mana dia (NGO) nak takut dan patuh kepada fatwa itu jika umat Islam sendiri tidak menerima al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup.

''Bagaimanapun, saya tetap berpendapat, NGO itu tidak layak dan berhak mencampuri kepentingan umat Islam,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales di pasar raya besar Tesco di sini hari ini.


betul..betul..umat islam sendiri berani lawan fatwa..kalau lawan dgn hujah2 dan dalil2 xpa..tapi main hentam jer ikut otak sendiri..x percaya?tgk la kat theStar isu pasal yoga..igtkan dah blaja makin tinggi makin pandai..tapi makin benak..kalau dah x blaja agama tinggi2,diam je la..jgn pandai2 buat dalil sendiri..hahaha..makin tinggi belaja makin benak!isu agama no kompromise beb...biar la kita jahat pun..ulama cakap apa..ikut la..ni tak..setan cakap ko angguk..ulama cakap ko lawan..hahahaa....

Monday, November 17, 2008

song4u ~ munajat cinta



Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Saturday, November 15, 2008

song4u ~ james blunt - you're beautiful



My life is brilliant

My life is brilliant, my love is pure
I saw an angel of that I'm sure
She smiled at me on the subway
She was with another man
But I won't lose no sleep on that
'Cause I've got a plan

You're beautiful, you're beautiful
You're beautiful, it's true
I saw your face in a crowded place
And I don't know what to do
'Cause I'll never be with you

Yes, she caught my eye
As we walked on by
She could see from my face that
I was flying high
And I don't think that I'll see her again
But we shared a moment that will last 'till the end

You're beautiful, you're beautiful
You're beautiful, it's true
I saw your face in a crowded place
And I don't know what to do
'Cause I'll never be with you

La la la la la la la la la

You're beautiful you're beautiful
You're beautiful, it's true
There must be an angel with a smile on her face
When she thought up that I should be with you
But it's time to face the truth
I will never be with you

Friday, November 14, 2008

movie of the week

MADAGASCAR : ESCAPE TO AFRICA







hahaha..berbaloi la rm10 aku...tergelak2...terbahak2..terguling2...

Monday, November 10, 2008

Perwakilan umno Seremban bergaduh ~ utusan




SEREMBAN 9 Nov. – Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban bertukar menjadi ‘medan tempur’ hari ini apabila perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyebabkan dua orang tercedera.

Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bahagian berkenaan, Othman Senara menerima cadangan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ishak Ismail supaya persidangan itu ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO kelak.

Keputusan itu mendapat sokongan perwakilan yang juga Ketua UMNO cawangan Sikamat, Datuk Md. Yusop Harmain Shah


hahaha....hoiii..kata nak jadi contoh...contoh kat sapa ni???hoii kata nak berbudi bahasa...hahaha...ke xdapat duit saku lagi ni...hahaha.....baling..tumbuk...jgn tak tumbuk....jadi contoh kat rakyat Malaysia...hahahaa

politik wang = rasuah^2




KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menyeru setiap ahli Pemuda untuk menolak amalan politik wang dan segera kembali kepada asas-asas perjuangan parti.

Beliau menegaskan, setiap perwakilan juga perlu membuktikan isu politik wang yang digembar-gembur itu berpunca daripada segelintir ahli sahaja.

''Apa yang akan ditentukan oleh UMNO pada bulan Mac ini bukan sahaja untuk masa depan UMNO, tetapi negara.

Woiii apa politik wang ni???napa x cakap rasuah jer??kalau rasuah..cakap la rasuah..nanti orang salah faham pulak...nak kena isa ke sbb bg org salah faham??raja petra korang dah isa kan hari tu atas alasan takut orang salah fhm..ni politik wang ni orang x salah faham ker??hahaha rasuah tu rasuah la..x payah tukar nama...jangan nak bodohkan rakyat Malaysia la...hahaha

woii apa masa depan negara ni??orang dah mula tolak UMNO la...x nampak ker??rumah xda internet ker??hahaha...ambiklah pakej streamyx combo tu..dapat duit "politik wang" tu,leh bayar utk setahun terus...hahahaa

Polis UMNO surai perhimpunan, 23 ditahan ~ utusan




PETALING JAYA 10 Nov. - Polis menahan 23 orang termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat dalam perhimpunan haram di hadapan Dewan Sivik, Petaling Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya.

"Pada mulanya, polis menahan tiga orang sebelum melakukan tangkapan susulan ke atas 20 orang lagi selepas itu.

"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.

Ekoran itu, hari ini polis menutup sebahagian jalan sekitar Padang Timur, serta jalan-jalan utama menuju Amcorp Mall, serta dikawal ketat oleh kira-kira 80 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.

‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.

woiii en. Polis..jangan nak tipu orang la...jangan nak pandai2 kata haram la,x aman la,xda permit la,mengancam keselamatan la,jadah kau..tu UMNO nyer demonstrasi..kenapa x haram?x mengancam keselamatan awam ker??hahaa xnak sepak terajang ker?xnak simbah pemedih mata ker??xnak pukul dgn cota ker??xnak pijak2 diorang ker???hahahaa banyak ker diorang bayar??hahaha...wooiii en.Polis,satu Malaysia dah tahu kau keje utk sapa..lain kali terus terang jer tangkap pasal apa..orang dah lali la...hahahaa wooii bapa byk diorang bayar??

Sunday, November 9, 2008

Kaji keputusan bebaskan Raja Petra ~ utusan


KOTA KINABALU 8 Nov. - Peguam Negara diarah mengkaji penghakiman kes pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, kajian itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam tindakan pihak berkuasa membendung kegiatan yang boleh mencetuskan huru-hara dan ancaman kepada negara.

Menurut beliau, kajian itu juga bagi membolehkan pihak Peguam Negara membuat rayuan terhadap kes Raja Petra itu dalam masa terdekat.

''Kita perlu mengenal pasti perkara ini dengan lebih jelas supaya tidak ada keraguan apabila mengambil tindakan mengikut apa yang terkandung di bawah Seksyen 8 ISA berkaitan pencegahan iaitu kuasa menteri setelah melihat kepada kemungkinan-kemungkinan berasaskan laporan fakta.

''Kita mahu melihat apakah menteri mempunyai kuasa untuk membuat penahanan atau tindakan dengan niat murni boleh dipertikaikan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad semalam, membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra setelah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta itu.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, kerajaan dalam kes tersebut juga perlu menentukan bagaimana tindakan sewajarnya boleh dilakukan dalam menangani kes-kes pencegahan pada masa akan datang.

''Paling penting kita mahu menentukan dengan keputusan itu tidak bermakna siapa pun boleh mengambil tindakan yang membawa kepada percanggahan terbuka, kesan negatif, salah faham dan mengganggu keharmonian.

''Kalau kita tidak boleh mengambil tindakan sebelum sesuatu itu terjadi, Akta Pencegahan tidak akan memberi apa-apa makna lagi daripada segi keupayaan," jelasnya.

Beliau berkata, meskipun kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap kes Raja Petra, namun kerajaan tetap menghormati proses undang-undang negara.

Katanya, pembebasan Raja Petra itu juga jelas membuktikan bahawa mahkamah di Malaysia masih bebas dan hakim tidak semestinya sentiasa membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan.

Tindakan kerajaan katanya, menahan penulis blog itu adalah sebagai langkah pencegahan bagi mengelak konflik dan salah faham berkaitan dengan agama.

''Sebelum sesuatu terjadi kita perlu menyekat daripada berlaku dan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Kalau kita tunggu, tindakan tidak akan berkesan lagi," ujar beliau.

woiii apahal plak nak kaji2??dah lepas2 la...orang lain x salah faham pon...kau dan kroni2 kau je salah faham..orang lain sekolah ma..budak tgh sekolah pun kalau baca Malaysiatoday boleh faham..kau jer x faham2..pasal apa benak sangat ni?!..duit bawah meja byk sangat kot...hahaha...apa kata kita tangkap najib..lagi best..banyak dah cerita ni..satu malaysia dah tahu..

doa di pagi hari



Ya Allah ya tuhan kami,sesungguhnya tidaklah layak untuk kami meminta2 kepadamu setelah kami melakukan perlbagai kemungkaran, maksiat, dan dosa2 besar yang lain.Namun Engkaulah tempat kami bergantung harap dan kepada Engkaulah kami meminta segala sesuatu.Tidak ada yang lebih bemakna selain Engkau kembalikan kami ke jalan-Mu yang lurus Ya Tuhan kami..

Ya Allah ya tuhan kami,sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa di atas segala sesuatu.Jika Engkau takdirkan kami menemui ajal,tidaklah layak untuk kami meminta syurga, namun kami tidak berupaya menghadapi siksaan api neraka-Mu.Maka jika Engkau matikan kami,matikanlah kami di dalam iman terhadap-Mu ya Allah.

Ya Allah sesungguh benarlah kami ini hamba-Mu yang hina, masih tidak menyukuri segala nikmat2 yang telah Engkau berikan malah masih meminta2 untuk sesuatu yang lain.

Ya Allah ya tuhan kami,Engkau padamkanlah keinginan kami terhadap dunia ini Ya Allah,dan Engkau berilah kami hati yang mengsyukuri segala nikmat-Mu,Engkau berilah kami mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,Engkau berilah kami tubuh badan yang sentisa di atas keredhaan-Mu,maka tidaklah kami meminta2 yang lain.

amin

Saturday, November 8, 2008

Arsenal 2-1 Manchester United



Arsene Wenger got the response he wanted as Arsenal bounced back from last week's defeat to Stoke City, with victory over United.

Gunners manager Wenger admitted dressing-room morale was low after their draw with rivals Tottenham Hotspur and defeat to Stoke - but Saturday's win breathes life into their campaign and lifts them above United in the Barclays Premier League table.

Goals from Samir Nasri provided the attacking threat, taking advantage of slack marking in each half to grab his fourth and fifth of the season.

Rafael da Silva, on as a substitute, volleyed home to give Sir Alex Ferguson's men hope, but it was not enough as Arsenal claimed the points.

hahaha....kalah ker MU oii??kata terer sangat..takkan dgn arsenal pun kalah??hahaha...hero of the day ~ samer nasri...

Baby Monkey ~ national geographic


Denver, Colorado, October 30, 2008--A baby colobus monkey named Darby is held by its mother, Sadie, as father Ray looks on at the Denver Zoo. Darby, whose gender remains unknown, was born October 15.

Although infant colobus monkeys are born all white, adults are black with a white face border, white veiling flanks, and a bushy white tail. Colubus is from a Greek word meaning "mutilated one" because the monkeys lack thumbs. The African natives are hunted for bushmeat.

--John Roach
—Photograph by Dave Parsons/Denver Zoo

hahaha....darby ni share tarikh lahir sama dgn aku~ 15 Oct ~...mesti dah besar nanti jadi monyet yang baik nanti...hahahaa

Friday, November 7, 2008

mari mengenal haiwan




white-faced monkey







tropical red-eyed tree frog






emperor tamarin








giant anteater





unidentified species  
~ extremely dangerous

Wednesday, November 5, 2008

Obama wins historic US election ~ BBC



Democratic Senator Barack Obama has been elected the first black president of the United States.
"It's been a long time coming, but tonight... change has come to America," the president-elect told a jubilant crowd at a park in Chicago.
His rival John McCain accepted defeat, saying "I deeply admire and commend" Mr Obama. He called on his supporters to lend the next president their goodwill.
The BBC's Justin Webb said the result would have a profound impact on the US.
"On every level America will be changed by this result... [it] will never be the same," he said.
Mr Obama appeared with his family, and his running mate Joe Biden, before a crowd of tens of thousands in Grant Park, Chicago.
"If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, who still questions the power of our democracy, tonight is your answer," he said.


hahaha...woitt....nampak x??people vote for a reason..not for race...hahahaaa...democrat sudah kasi jatuh sama republican....kat malaysia...umno hampir jatuh tersungkur kena dgn PKR...hahahaha....tgk next election mcm mana...hahaha...congratz president Obama.....heeeeeeeee

Monday, November 3, 2008

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen ~ utusan





KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Anggota Parlimen selalu menjadi perhatian rakyat, apa yang mereka katakan adalah menjadi tanggapan rakyat dan sudah semestinya mereka juga terikat dengan sikap berbudi bahasa.

“Mereka merupakan ahli Yang Berhormat yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat bukan hanya di kawasan masing-masing malahan juga di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat seperti penyebaran risalah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan mencampuradukkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini, menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Beliau berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyebabkan seseorang individu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik, malah menjejaskan kelancaran berkomunikasi.

“Kalau cakap Bahasa Malaysia cakaplah dengan penggunaan yang betul, kalau cakap bahasa Inggeris pun, cakaplah dengan betul,” katanya semasa merasmikan Penubuhan Majlis Alumni Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Rais berkata, kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membetulkan penyalahgunaan Bahasa Malaysia dalam penerbitan dan papan tanda tidak mendatangkan kesan yang positif.


woiii nak berbudi bahasa mcm mana ni???..woiii cakap bhs Malaysia dengan betul??bhs Malaysia ke bhs Melayu??asyik tukar jer...orang konfius ni...mcm mana nak jadi betul...lepas ni kena guna bahasa baku ker??

not only human, even animal nor devil won't do this





Behaviour may sometimes suggest that we're not human...but, if we think carefully, we will realize that even animal nor devil won't do such things..so, to whom should we point our fingers to? who should take the blame?

Sunday, November 2, 2008

PHOTOS: Best Wild Animal Photos of 2008 Announced


Stalking India's Hemis National Park, a snow leopard lives up to its name in U.S. photographer Steve Winter's award-winning National Geographic magazine image.

On October 30, 2008, "Snowstorm Leopard" was named best overall photo in the 2008 Wildlife Photographer of the Year competition, which is organized by the Natural History of London and BBC Wildlife Magazine.

"This is the hardest story I have ever done because of the altitude and the steepness of the mountains," the U.S. photographer told National Geographic. "At night it was 30 below zero [Fahrenheit]."

Over ten months Winter's 14 "camera traps" shot more than 30,000 frames in pursuit of the endangered cat. (See more snow leopard photos by Winter.)

As few as 3,500 snow leopards remain in the wild.

(The National Geographic Society owns both National Geographic News and National Geographic magazine.)

--James Owen
—Photograph by Steve Winter/Wildlife Photographer of the Year